Lemongrass Herbal Tea (Cymbopogon Citratus, Minuman Serai, 香茅茶)
 
Kebaikan Serai (Cymbopogon Citratus):

Posted by Azed Bina Sunday, September 13, 2009 0 comments
Profile Bioaktiviti (muka surat 24-26)
  • Aktiviti anti-bakteria ke atas Escherichia coli, Staphylococcus aureus, Salmonella paratyphi, Shigella flexneri, Bacillus mycoides, Pseudomonas aeruginosa dan Bacillus subtilis.
  • Aktiviti anti-amoebik terhadap Entamoeba histolyteca.
  • Kajian menunjukkan minyak serai mempunyai aktiviti anti-kulat.
  • Agen antioksidan yang baik.
  • Anti-kanser : hepatokarsinogenesis.
  • Aktiviti anti-mutagenik mutasi kimia yang disebabkan oleh Salmonella typhimurium TA 98 dan TA 100.
  • Memberi kesan analgesik ke atas hiperalgesia yang dirangsang oleh carrageenin atau prostaglandin E2.
  • Merencat pertumbuhan sel fibrosarkoma dan merencat karsinogenesis kolon dalam tikus.
Petua-Petua Tradisi

Merawat Sesak Nafas
10 batang serai dicuci bersih, diketuk hancur dan direbus dengan 2 gelas air yang telah dicampur sesudu besar gula merah. Biarkan sehingga mendidih dan tinggal dalam anggaran segelas. Sejukkan sebelum ditapis dan diminum. Pada peringkat permulaan ambillah ramuan ini 3 kali seminggu. Jika rawatan menunjukkan peningkatan yang baik, kurangkan pengambilan kepada 2 kali seminggu dan begitulah seterusnya sehingga betul-betul pulih. Rawatan selepas pulih hanya minum sekali pada setiap bulan bagi mengelakkan masalah sama berulang.

Melegakan Rasa Pening dan Lesu Sewaktu Hamil
Sebatang serai diketuk sedikit, 4 cm kulit kayu manis dan 1 biji bungan cengkih dicuci bersih dan dimasukkan ke dalam segelas air panas mendidih. Tambahkan sesudu gula pasir dan dikacau rata. Biarkan sejuk sebelum ditapis dan diminum terutama menjelang waktu tidur atau ketika ingin berehat.

Merawat Sakit Perut/Melawaskan Kencing
Segenggam akar serai dan 10 helai daunnya dibersihkan dan kemudian direbus bersama 4 gelas air. Biarkan mendidih sehingga air didihan tinggal dalam anggaran 2 gelas. Setelah suam air rebusan ini diminum 2 kali sehari sehingga masalah sakit perut dan keperitan membuang air kecil hilang.

Merawat Sengal-Sengal Sendi
Beberapa helai daunnya dibersihkan, ditumbuk atau dikisar bersama sedikit air. Ramuan kemudian disapukan di sendi yang bermasalah.

Mengubati Demam Kuning
Secekak pokok serai direbus dalam bekas yang mengandungi sebaldi air. Keseluruhan pokok termasuk akar dan daunnya direbus sehingga air rebusan itu mendidih. Selepas beransur suam, ia kemudian dijadikan air mandian dan sebaik-baiknya tidak dibilas dengan air biasa. Amalkannya 3 kali sehari iaitu setiap kali waktu mandi sehingga demam kuning itu benar-benar sembuh.

Merendahkan Kolesterol
3 atau 4 batang serai yang telah dibuang akar dan daun, diracik-racik dan direbus. Ambil segelas air rebusan itu dan diminum perlahan-lahan atau sedikit demi sedikit 2 kali sehari iaitu setiap pagi dan juga malam. Dalam beberapa minggu sahaja paras kolesterol dalam badan akan berkurangan.

Mengubati Sakit Akibat Gigi Berlubang
Bahagian hujung serai diruncingkan (sebesar lubang pada gigi berkenaan) dan dipanaskan dengan lilin. Apabila panas, masukkan ke dalam lubang gigi yang sakit hingga batang serai berkenaan sejuk. Ulangi beberapa kali hingga kesakitanberansur hilang.

Menghindar Gigitan Nyamuk
Daun serai pada kuantiti secukupnya ditumbuk, diperah dan diambil airnya. Air perahan daun serai berkenaan kemudiannya disapu pada badan untuk menghindar gigitan nyamuk.

Sumber: Khazanah Alam, Nov 2008 (FRIM)

KEBAIKAN, KHASIAT | Links to this post |
Rujukan Tentang Kebaikan Serai
Posted by Azed Bina Thursday, September 10, 2009 0 comments

Senarai di bawah adalah sumber rujukan bagi khasiat dan kebaikan serai. Sila klik pada link jurnal, ensiklopedia, penyelidikan dan website untuk maklumat lanjut.

Anti Kanser

1. Buku Khazanah Alam, FRIM, Nov 2008
2. Jurnal 
<click here>
3. Penyelidikan 
<click here>

Antioksidan
1. Penyelidikan 
<click here>

Detoksifikasi
1. Buku Khazanah Alam, FRIM, Nov 2008
2. Ensiklopedia 
<click here>
3. Penyelidikan 
<click here>

Tekanan Darah & Kolesterol

1. Website 
<click here>

Pengaliran Darah

1. Ensiklopedia 
<click here>

Penghadaman & Buang Angin

1. Ensiklopedia 
<click here>
2. Website 
<click here>

Demam

1. Website  
<click here>

Sakit Perut

1. Buku Khazanah Alam, FRIM, Nov 2008

Sengal Tulang (Artritis)
1. Buku Khazanah Alam, FRIM, Nov 2008        
 
Testimonial:
 
颜正权, 78岁, 马来西亚 (012-6991570)
Gan Chin Kim (78 tahun)
012-6991570 Hubungi nombor ini untuk pengesahan testimonial.

Saya menderita penyakit kanser prostat sejak tahun 2000. Saya telah menjalani terapi radiasi dan ubat hormon untuk mengawal kanser prostat saya. Saya minum Citralife kerana ia boleh membunuh sel kanser di dalam badan saya. Nilai PSA (penunjuk aras kanser) saya telah menurun semenjak saya minum Citralife pada Jun 2009.
Minuman ini juga mengurangkan kesakitan artritis pada lutut dan kebas pada jari saya.
 
阿里社哈巴, 44岁, 北非的共和国
Ali Shehab, 44 tahun, Tunisia
Orang Arab kebiasaannya makan pada lewat malam. Saya mengalami sesak dada dan gangguan pencernaan kerana makan berat lewat malam. Setiap kali saya minum teh Citralife, gangguan pencernaan saya pasti akan sembuh.
 
张小姐, 38岁, 马来西亚
KY Cheong, (38 tahun)
Saya menghidap tekanan darah tinggi (high blood pressure) selama bertahun-tahun. Sejak minum teh Citralife, tekanan darah saya menurun secara signifikan selepas beberapa hari.
 
诺来拉默, 23岁, 马来西亚
Norlaila Mok, (23tahun)
Saya mengalami masalah sembelit, tetapi selepas saya minum teh serai Citralife, tiada lagi masalah sembelit.
 
阿克, 28岁,印尼
Akir, 28 tahun, Indonesia
Prestasi kerja saya di Malaysia meningkat selepas 7 hari minum teh Citralife. saya berasa segar dan lebih fokus bekerja setiap hari. Citralife ialah teh serai yang ekonomi dan berkesan.